MALAM INI.....CERAMAH KELOMPOK/PENTAS RAKYAT: ISU PANAS

Dato’ Dr Hasan Mohd Ali menjadi penceramah utama dalam Siri Ceramah Kelompok/Pentas Rakyat yang diadakan di seluruh Negeri Selangor.Malam ini Ceramah Kelompok/Pentas Rakyat diadakan di AU3/1, Blok 10-12, Hulu Kelang. Lazimnya Ceramah Kelompok/Pentas Rakyat dibuat di rumah-rumah individu dan dihadiri oleh penghuni-penghuni tempatan dalam ...
sekitar 30 ke 50 orang.
Dato’ Dr Hasan Mohd Ali telah menyentuh persoalan isu semasa yang kini masih hangat dibincangkan oleh berbagai pihak. Antaranya isu doa pimpinan PAS di Kota Bharu, isu Nurul Izzah membuka luas pintu murtad, isu Ustaz Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat, isu Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu yang tidak membincangkan Hudud, Negara Islam dan murtad dan isu Karpal Singh membuat ulasan negatif tentang peraturan tidak membenarkan pembantu kedai gunting rambut perempuan melayan pelanggan lelaki di Kota Bharu.

Dato’ Dr Hasan Mohd Ali menyeru 100 orang yang hadir dalam Ceramah Kelompok/Pentas Rakyat tersebut supaya membuat pilihan yang tepat pada PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana