Dua perhimpunan...satu motif...Pembangkang Punya Angkara

Satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Petaling Jaya.Ramai yang melihat dua perhimpunan yang diadakan pada hari Ahad semalam cukup menjolok mata.Motifnya...rasanya tidak perlu nak berselindung disebalik isu pendidikan dan anti-Lynas.Ia dilihat lebih kepada unsur politik untuk membakar sentimen perkauman menjelang pilihanraya umum ke 13.Kata orang sudah terang tak perlu bersuluh.Semua orang boleh nampak apa yang tersurat dan tersirat. kedua perhimpunan melihat dengan mata kepala sendiri majoriti peserta kedua himpunan itu adalah orang Cina.Loji berasaskan gas dan petroleum sudah lama di bangunkan di Kerteh,Terengganu dan di Melaka..tidak ada masalah.
Soalnya kenapa sekarang tiba-tiba semuanya sudah diputar menjadi ancaman kepada alam sekitar...kalau bukan nawaitu politik.

Bukan rahsia lagi pembangkang kini cukup kemaruk untuk menarik sokongan kaum Cina mengundi mereka dalam mengejar impian hendak ke Putrajaya.Dalam isu sekolah Cina sendiri,satu dunia tahu Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang iktiraf pendidikan Cina dalam sistem pendidikan negara.Malah Singapura yang majoriti rakyatnya orang Cina tidak ada sekolah Cina.
Sekolah Cina juga tidak ada di Indonesia dan Thailand.Orang Cina Malaysia tahu hakikat itu.Namun nafsu politik membuat segalanya cuba dikaburkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana