Doa hancur UMNO: Tugas Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan Exco Agama tercabar?

Sebuah masjid di Selayang mempamerkan notis pihak berkuasa agama Islam Selangor melarang mana-mana pihak menjadikan masjid tempat aktiviti politik.Larangan itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama Islam negeri yang mahu masjid hanya sebagai tempat ibadah bukan gelanggang politik.Bagaimanapun, titah Sultan Selangor dan larangan pihak berkuasa agama negeri tidak dipedulikan sebaliknya bukan sahaja masjid tetapi ada surau di Selangor jadi platform parti politik khususnya PAS untuk berceramah politik.

Khalid pula sebagai Exco Agama perlu tegas menyokong JAIS melaksanakan tugas mereka sama seperti beliau menyatakan sokongan kepada jabatan itu yang menyiasat Naib Presiden PKTR, Nurul Izzah Anwar yang terbabit kontroversi mengenai kebebasan beragama seperti dinyatakan dalam sebuah forum.Apakah selepas jadi menteri besar yang diumumkan paling cemerlang oleh Anwar, Khalid sebaliknya dilihat gagal sebagai MB dan Exco Agama?Adakah lebih penting Khalid menjaga hati Anwar dan PAS berbanding titah Sultan Selangor yang mahu menjagakan perpaduan umat Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana