Confirm MAsuk Tv 3 Lagi Ni....100 ibu tunggal berdemo di SUK..Padan Muka PKR


SHAH ALAM: Hampir 100 orang ibu tunggal berdemonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Selangor pagi tadi bagi menuntut elaun RM100 sebulan setiap orang yang didakwa dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan tersebut yang berdemo selama sejam setengah bermula jam 10 pagi mendakwa mewakili ibu-ibu tunggal dari kawasan Parlimen Selangor dan menuntut bayaran elaun yang didakwa telah tertunggak selama 54 bulan.
"Kami datang kemari dengan tujuan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji.
"Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianayai. Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," kata Murtini Kasman yang bertindak sebagai wakil kepada kumpulan berkenaan.
Memorandum itu diserahkan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, yang berjanji akan menemui wakil kumpulan ibu tunggal itu minggu depan.
Bagaimanapun, Rodziah menjelaskan, kerajaan Pakatan tidak pernah berjanji untuk menyediakan elaun dalam bentuk wang ringgit sebaliknya elaun tersebut diberi dalam bentuk bantuan kebajikan.
"Kita akan panggil wakil-wakil mereka untuk saya perjelaskan apakah sebenarnya yang telah kita laksanakan oleh kerajaan negeri. Peruntukan atau elaun itu pelbagai. Bukan hanya RM. Tidak pernah kami berjanji (dalam bentuk RM)," jelasnya.
Semalam, seramai 2,020 ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana