Bagi Betis Nak Peha....Dong Zong

Dong Zong, sebuah pertubuhan antara paling dibenci majoriti rakyat negara ini membuat dakwaan tidak berasasnya bahawa Bahasa Cina di negara ini diabaikan.Tepu pandangan melihat bahasa Cina di mana-mana, namun masih dikatakan bahasa Cina diabaikan. Sehingga Perdana Menteri mempunyai nama Cina, Ah Jib Gor, masih dikatakan bahasa Cina diabaikan.Tidak salah jika keterlampauan Dong Zong dibalas dengan kempen hapuskan pendidikan vernakular di negara ini empat tahun lalu.

Golongan yang mempertikai hak istimewa Bumiputra ini sepatutnya mempertikaikan juga pendidikan vernakular di negara ini kerana kedua-duanya vis-a-vis dalam kewujudannya di bumi Malaysia tercinta.
Jika mereka bersikap berat sebelah dalam hal ini, nescaya bala pemberontakan akan terjadi apatah lagi seandainya mereka berjaya memperkudakan PAS dan PKR , parti-parti Melayu yang bersifat kuda kayu.


Ini kerana, di titik itulah nanti mereka akan mencapai paras tertinggi dalam perjuangan mereka mencinakan negara ini. Mereka belum kenal apa itu gerakan asimilasi. Siapa mereka yang mampu menghalang itu dari terjadi sekiranya UMNO tidak memerintah lagi.

Bukanlah jika UMNO tidak memerintah lagi itu melambangkan DAP-PAS-PKR , tetapi melambangkan sebuah kuasa baru yang teguh prinsip Islam (bukan ala PAS yang bercampur freethinker PKR) dan yang memperjuangkan anti penjajahan bentuk sosial oleh chauvinis Cina di Nusantara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana