Anwar gelar Utusan, TV3 pandykutti...Kebodohan ANWAR Ni

Inilah ANWAR yang dikatakan Kebodohan yang melampau sehingga sanggup menuduh Utusan dan TV3 Pandykutti sedangkan anaknya dan Pembangkang yang menghuru harakan masyarakat Malaysia hari ini.

KLANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan ungkapan pandykutti (anak babi), kali ini terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang dituduh oleh beliau sebagai sengaja menfitnah anaknya Nurul Izzah. Ini kali kedua Anwar menggunakan ungkapan menghina dalam bahasa Tamil. Pada tahun lalu, beliau dikecam kerana menggunakan perkataan menjijikkan itu ketika mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Petang tadi, Anwar menggunakan ayat sama itu terhadap media arus perdana pada majlis sambutan Deepavali anjuran kerajaan negeri Selangor.
Beliau menggunakan majlis sambutan itu untuk menafikan dakwaan bahawa Nurul adalah pro-murtad."Saya tidak rasa masalah walaupun sekarang isu agama dimainkan sebegitu rupa, sekarang Nurul Izzah hari-hari kena hentam TV3, Utusan, media-Umno."Dia (media) kata Nurul Izzah minta orang Melayu suruh keluar Islam, ini 'pandykutty' punya cakap.. ada betul ke.. tak betul.. saya tahu.. saya 'train' (didik) dia," kata Anwar pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang di Jalan Tengku Kelana di sini.Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak hadir pada majlis itu. Khalid sebelum ini menolak tuduhan Anwar bahawa Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) mengikut telunjuk Umno dalam menuntut penjelasan daripada Nurul.Pada wacana anjuran pergerakan Kristian di Subang Sabtu lalu, Nurul dilaporkan berkata kebebasan agama sepatutnya dilaksanakan sama rata dan bukan terbatas kepada bukan Islam sahaja.
“Tidak ada paksaan di dalam Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul ketika menjawab pertanyaan seorang peguam mengenai isu itu. Peguam berkenaan Siti Kasim dilaporkan kesal dengan tindakan Nurul menarik balik kenyataan itu berikutan kritikan orang ramai, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan. Pada majlis petang tadi, Anwar mempertahankan kenyataan Nurul pada wacana itu dan mendakwa anaknya menjadi mangsa fitnah media."Dia (Nurul Izzah) cuma mahu cakap jangan paksa.. kita mahu hidup cara baik-baik.. itu saja.. orang Islam mesti kuat Islam dia. Tapi untuk itu dia (media) pusing.. dia mainkan."Mana-mana kampung saya pergi…orang tanya ini apa TV3 cakap itu ada betul ke? Saya cakap sudah puluh tahun dia (media) tipu jadi kita jangan (percaya),” kata Anwar.
Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Nurul itu mungkin celaru namun menganggap ledakan kritikan terhadap Ahli Parlimen PKR itu tercetus hanya kerana beliau pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana