Ahli akar umbi Pas gelisah,suarakan bantahan Tanda tandanya PAS akan Rebah Di telan Zaman.....

Ahli-ahli akar umbi Pas mula meluahkan perasaan tidak senang dan gelisah mereka ekoran kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang menyatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa dalam beragama termasuk orang Melayu.Berikutan itu ada yang menghantar surat terbuka kepada Nurul Izzah mempersoal apakah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mahu mempersenda perjuangan Pas apabila sanggup mengeluar kenyataan sedemikian, sedangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mentakrif orang Melayu adalah Islam.Selain mempersoal niat Nurul Izzah, penghantar surat yang hanya memperkenalkan diri sebagai ‘Penggerak Pas Kawasan Gombak’ juga turut menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan kemarahan orang Melayu ekoran kenyataan tersebut khususnya kepada Pas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana