TIBAI dakwa pembangkang perdaya ulama luar negara jatuhkan negara


  SHAH ALAM: Penasihat Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zulkifli Noordin mendedahkan pembangkang kini semakin terdesak apabila mengunakan golongan ulama luar negara untuk mengeluarkan fatwa halal bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Malah, ia juga disifatkan sebagai muslihat terbaru dalam menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 akan datang.
Menurutnya, motif itu digunakan pembangkang dengan cuba mengaitkan semula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibu.
"Alhamdulilah, Allah S.W.T bagi saya kesempatan bertemu mereka (ulama) balik dan beritahu itu penipuan..pembohongan, mereka kata macam mana awak tahu bukan Perdana Menteri (Najib) yang bunuh Altantuya, saya kata saya tahulah pasal saya peguamnya (Anwar), saya yang buat kes itu, bila dengar (jawapan) mereka (ulama) terperanjat, saya cakap betul..saya cakap betul.
"Saya buat kes Altantuya masa itu saya peguam Anwar Ibrahim, saya beritahu memang tiada (bukti)..kalau ada sikit sebesar hama keluar daripada mulut mereka yang terlibat kata Datuk Seri (Najib) terlibat..ingat saya tak guna..saya peguam Anwar Ibrahim sudah pasti saya akan guna kalau benar faktanya Najib atau Datin Seri (Rosmah) membunuh Altantuya..tetapi tidak ada (bukti)," katanya berucap dihadapan lebih 200 hadirin yang hadir dalam siri ceramah TIBAI di sini malam tadi.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata, sekiranya Perdan Menteri didapati terlibat sama dalam pembunuhan wanita Mongolia, mana mungkin kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar mendiamkan diri.
"Kalau Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul Azhar (masih ada), kalau (Najib) terlibat tuan-tuan ingat mereka tidak akan sebut di mahkamah, ini nyawa (mereka) dah kena hukum gantung pun," jelasnya.
Menyentuh punca utama beliau menarik diri sebagai salah seorang peguam daripada mewakili kes tersebut, Zulkifli berkata selepas diarahkan Anwar Ibrahim untuk mencari apa sahaja jalan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan tersebut walaupun tanpa bukti sah.
"Jadi bila saya dengar balik, sekarang (tuan-tuan) dengar Suaram cuba bawa balik isu lama nak dikaitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dengan pembunuhan Altantuya nak dikaitkan balik, sebab dah tiada modal.
"Sampai ulama pun ditipu supaya keluarkan fatwa kata halal jatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri pembunuh, saya bawa cerita ini nak beritahu (tuan-tuan) Anwar Ibrahim ini pembohong, pembohong, pembohong," tegasnya.
Difahamkan, kedua-dua anggota UTK itu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu kira-kira enam tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana