PKR, DAP Perbudakkan Hudud Pas Tapi Salahkan UMNO

Isu hudud pernah menjadi senjata berbisa untuk Pas meraih sokongan khalayak demi menggugat kekuatan UMNO, kini isu yang sama sudah seumpama boomerang terpantul ke dahi Pas semula menyebabkan ramai pemimpinnya kerap pening kepala dan sewel separuh tiang untuk menjawab isu tersebut.Pas yang membuat janji untuk melaksanakan hudud, rakan sepakatan sendiri yang merangka draf hudud Pas di DUN Kelantan dan Terengganu, tapi bila isu hudud bergema kembali dan meletakkan pembangkang dalam keadaan tersepit, alih-alih UMNO juga yang dipersalahkannya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus bertegas menolak ‘cita-cita’ Pas untuk ‘melaksanakan’ hukum hudud malah Karpal tanpa berselindung melabelkan isu perlaksanaan hudud hanyalah satu retorik politik Pas semata-mata.Sekalipun isu hudud kini sudah dipandang semacam ‘hantu’ dek kerana sering menghantui PR, namun tidak sesekali menggugat keyakinan para pemimpin dan penyokong Pas terutama dari golongan Anwarinas yang masih menaruh kepercayaan bahawa Pas tetap serasi untuk terus bersama DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana