Pendedahan Nasharudin...Zulkifli Nordin tunjuk bukti dalam Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang cuba ganggu perbahasanya.Zulkifli dakwa majlis itu turut dihadiri oleh paderi dan pastor asing.Beliau menegaskan DAP tidak perlu nak nafi pendedahan yang dibuat oleh Nasharudin di Seminar Dakwah Nasional.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen sejurus itu,Zulkifli minta DAP nafi apa yang didedahkannya di dalam Dewan Rakyat.Katanya ini boleh soal perkauman tetapi takut campurtangan paderi asing akan menjejaskan keselamatan negara.Ekoran kenyataan Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok masa bentang kertas kerja di seminar berkenaan di PWTC Selasa,DAP telah menafikan dakwaan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana