Pelanggan UniFi kempunan tonton bola...

KUALA LUMPUR - Harapan para pelanggan perkhidmatan jalur lebar UniFi untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertukar hampa apabila mereka sekadar melihat skrin kosong di televisyen masing-masing.Telekom Malaysia (TM) selaku pengendali UniFi, tidak dapat menayangkan perlawanan secara langsung itu di saluran TV1 menerusi HyppTV kerana tidak mempunyai hak penyiaran.
Pelanggan hanya diberi notis berbunyi: 'HyppTV memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 kerana tidak mempunyai hak penyiaran'.
Usaha untuk mendapatkan reaksi pihak pengurusan TM bagaimanapun tidak berjaya.
UniFi yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lebih 400,000 pelanggan di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana