PAS kini dalam keranda DAP dan dipaku PKR...

Harakahdaily.net mendendangkan Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad ‘istiqamah bersama dengan PAS dan yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS, PKR dan DAP mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke 13.Ini setelah satu negara dengar Sasterawan Negara itu dan bekas Ahli Parlimen Sik itu sebiji-sebiji 'on record' cakap mempertikaikan kerjasama PAS-DAP.Entahlah...bunyi macam beliau bukan sahaja ‘meludah ke langit ’ tetapi ‘menjilat semula ludahnya’ kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa bahawa perjuangan politik PAS sudah tersasar dan tidak lagi menepati kehendak Islam sejak bersekongkol dengan DAP.
Selain menyatakan pendirian terbaru itu, Shahnon menyerang Barisan Nasional dengan dakwaan banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat malah malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.
"UMNO tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau seperti dilaporkan portal pembangkang itu.Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.
Jika betul amat malang dan kasihan Shahnon terpaksa buat pusingan U selepas melemparkan keluhan hatinya mengenai hubungan PAS dengan DAP dan PKR.Mungkin ada sebab tertentu beliau terpaksa menelan semula apa diluahnya itu.Biarkanlah dan bagi mana-mana pemimpin UMNO, tidak perlu mengulas tindakan bekas ahli Parlimen Sik itu kerana PAS kini ibarat berada dalam keranda DAP dan dipaku kemas oleh PKR.PAS juga sudah jadi buloh yang tidak dapat dilentur apatah lagi untuk dicair ‘kasih sayang’ mereka yang sudah membeku bersama sekutu mereka DAP dan PKR.
Sebagai contoh, lihatlah bagaimana Datuk Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa ‘jadi korban’ kerana menegur perjuangan PAS yang sudah keluar landasan matlamat asalnya.Mereka bukan ahli biasa yang mahu membetulkan parti sendiri tetapi adalah pimpinan atasan PAS.Lebih malang, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.Justeru itu, biarlah PAS terus dengan perjuangan terbaru mereka mengejar cita-cita politik bersama DAP dan PKR untuk menawan Putrajaya.

Biarlah PAS jadi si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Kepada pemimpin UMNO, usahlah berharap bulan jatuh ke riba jika memikirkan PAS ‘sedar diri’ dan akan bersama-sama berjuang dengan UMNO untuk kepentingan bangsa dan agama.

Lupakanlah PAS kerana PAS sendiri sudah lupa diri.

Cuma diharap, masyarakat Islam di negara ini tidak lupa apa PAS sudah lakukan terhadap Islam demi kepentingan politik mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana