PAS: Kami sedia ditegur, bukan macam Umno..Ingat PAS Hebat Sangat Kah...


SHAH ALAM: PAS menegaskan kepimpinan parti itu mengambil pendekatan terbuka dalam menerima teguran berbanding amalan Umno yang disifatkan lebih menjurus kearah sikap "mengampu" pemimpin.Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, parti itu selesa dengan budaya tegur-menegur yang sering diamalkan dalam acara muktamar tahunan PAS melibatkan semua ahli termasuk akar umbi.

"Budaya kita tidak seperti budaya dalam Umno. Mereka selalu mengangkat dan mengampu pemimpin mereka. Tapi PAS dalam setiap muktamar tahunan, kita menegur pimpinan kita dengan cara berdepan dan mereka menerimanya dengan hati terbuka dan berjiwa besar.

"Kalau teguran itu benar maka kita terima teguran itu tapi kalau teguran itu tidak berasas kita akan tetap menghormati hak seseorang untuk menegur kita,"Namun kenyataan Khairuddin itu tidak konsisten dengan perilaku parti Islam itu yang memecat serta-merta bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali kerana mempersoalkan konsep 'Negara Berkebajikan', mengkritik sesetengah pemimpin yang didakwa terpesong dari perjuang parti dan mempersoalkan kewajaran penyokong PAS yang diminta hadir pada himpunan 'Bebaskan Anwar'.

Malah PAS turut memecat pemimpin lain yang tidak bersetuju dengan dasar gabungan Pakatan Rakyat melibatkan parti komponen DAP dan PKR termasuk Kazim Elias.

Kerjaya Kazim bersama PAS berakhir pada Mei 2011 selepas Muktamar Dewan Ulama parti itu meluluskan usul pemecatan kerana menganggap beliau sebagai "duri dalam daging".

Dalam program wacana anjuran Sinar Harian semalam, bekas Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur PAS kerana menganggap pimpinannya begitu arif dalam agama sehingga tidak boleh ditegur sama sekali.

Beliau berkata sekiranya PAS terus beranggapan bahawa orang agama yang berkuasa politik tidak harus ditegur, negara akan menjadi lebih korup sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

“Saya rasa ini satu masalah dalam PAS, masalah sekarang ini PAS belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh," katanya.

PAS boleh dikritik....Ptuihhhh..Jangan cakaplah depan media bolehlah.PAS lagi hina daripada UMNO tau.PAS tunggu masa saja dijatuhkan oleh rakyat Malaysia pada PRU 13 nanti.Percayalah....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana