PAS asyik Tuduh Saja...Nasha Ikut Telunjuk UMNO: Pas Perlu Buktikan

 
Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad bukan sahaja mengaitkan dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa mengenai penganjuran doa oleh DAP di Sarawak supaya Malaysia menjadi negara Kristian sebagai tidak ada kena mengena dengan Pas tetapi juga menuduh kenyataan Ustaz Nasha itu didalangi oleh UMNO.Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini adalah kenapa dan apa tujuan sebenar Khalid ingin mengaitkan kenyataan Ustaz Nasha itu dengan UMNO? Apakah hanya kerana kenyataan-kenyataan Ustaz Nasha kebelakangan ini tidak senada dengan pemimpin-pemimpin Pas dalam beberapa isu, mewajarkan pemimpin-pemimpin Pas untuk menuduh Ustaz Nasha mengikut telunjuk dan arahan UMNO. Atau lebih tepat sebagai orang suruhan UMNO untuk memecah belah dan menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang dan Pas?
Pemimpin-pemimpin Pas seperti Khalid sepatutnya tidak membuat kenyataan tanpa bukti yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau apatah lagi menyentuh soal maruah pemimpin berprinsip seperti Ustaz Nasha. Kenapa begitu sukar untuk Pas menerima kenyataan Ustaz Nasha itu tanpa perlu mengaitkannya dengan pihak lain? Apakah bukti yang menunjukkan kenyataan itu didalangi oleh UMNO? Atau apakah Pas sememangnya tidak begitu selesa apabila isu-isu membabitkan kepentingan agama Islam ini dibangkitkan kerana tidak mahu terlibat dalam konflik dengan rakan dalam pakatan pembangkang?
Yang lagi satu orangnya yang menyebelahi ANWAR secara terang terangan tiada langsung bercirikan ulama.Atas namanya PAS tapi berjiwa ANWAR..di pihak Pas, mereka sepatutnya tidak lepas tangan dan menganggap dakwaan itu sebagai dakwaan yang keluar dari mulut individu kerana ia turut berkaitan dengan parti memandangkan kedudukan Ustaz Nasha sebagai ahli Majlis Syura dan Ahli Parlimen Pas. Jika Pas serius dalam memperjuangkan kesucian agama Islam, dakwaan yang dicetuskan oleh Ustaz Nasha itu dipanjangkan ke mesyuarat tertinggi parti itu untuk mencari kebenaran sekali gus memelihara nama baik Pas sebagai parti yang bertunjangkan Islam dan memperjuangkan serta memartabatkan Islam di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana