Panassss....RPK: Khalid arah beri tanah kerajaan kepada Cina


SHAH ALAM: Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin minggu lalu mendedahkan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Yayasan Selangor menyerahkan tanah seluas 18.51 ekar di Klang kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong.Berdasarkan surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dimuatnaik dalam blog berkenaan, Elizabeth telah memohon kepada Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan tanah tersebut kepada Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor untuk cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Agama dan Kesenian.Khalid secara ringkas mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki untuk menyerahkan tanah berkenaan.

‘Sdr. Ilham, sudah dibincang di lembaga, sila uruskan’," memetik blog Malaysia-Today.Ilham melalui surat respon kepada Khalid kemudiannya memohon agar kerajaan negeri mempertimbangkan perkara berikut;-

"Membatalkan usahasama yang lama dan pihak Yayasan Selangor berminat untuk menjalankan usahasama dengan syarikat baru atau yang dicadangkan kerajaan negeri,

"Mendapatkan tanah yang lain dengan kadar nilaian tanah yang telah diambil oleh kerajaan negeri, dan

"Memohon agar kadar bayaran tanah mengikut nilaian semasa."

Raja Petra antara lain menyebut bahawa Yayasan Selangor tidak pernah bersetuju dengan keputusan Khalid itu selain menyifatkan pusat kebudayaan lebih sesuai dibina di pinggir bandar dan tidak memerlukan tanah yang luas..Beliau turut mendakwa bahawa syarikat Persada Istimewa Sdn Bhd (Persada) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Elizabeth bersabit projek berkenaan walhal sebelum ini syarikat itu telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Yayasan Selangor bagi membangunkan tanah tersebut untuk tujuan komersial dan hartanah.Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz kepada Pejabat Daerah Tanah Klang dipetik melalui surat bertarikh 12 Julai 2011 menyatakan "tidak bersetuju" dengan cadangan pihak Persada Istimewa Sdn Bhd untuk meneruskan projek berkenaan.Justeru menurut Raja Petra, kumpulan pro Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa bahawa Elizabeth menyalahgunakan kuasanya sebagai Exco Selangor yang turut disokong oleh Khalid dan akan menggunakan isu tersebut untuk menggulingkan Menteri Besar.

Raja Petra turut mempersoalkan bagaimana tanah milik kerajaan diserahkan kepada kaum Cina sedangkan ianya tanah rezab bumiputera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana