Kerja siapa ni...?

Siapakah di sebalik tangan-tangan 'ghaib' berkenaan penipuan terang-terangan mendakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan mengadakan sidang media di Bangkok pagi Isnin berhubung isu pembunuhan Altantuya.Kisah tersebut heboh selepas pengumuman di laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang menyiarkan notis "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" di laman webnya.Bagaimanapun, terang-terang ditulis bahawa majlis tersebut tidak dianjurkan oleh FCCT namun tidak pulak diberitahu siapakah punya angkara.
Yang jelas notis itu cuba mengingatkan orang ramai tentang pembunuhan Altantuya dan membayangkan bahawa Musa ada maklumat baru berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Musa Hassan dilaporkan terkejut dengan perkara tersebut dan mengaku tidak tahu menahu dengan penganjuran majlis yang jual namanya itu."Saya tida tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak membuat apa-apa rancangan seperti itu," kata Musa.Menurut beliau yang kini merupakan pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), esok (Isnin) beliau ada kelas seperti biasa.Sebelum ini nama bekas ketua penyiasat kes liwat pertama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu heboh diperkatakan selepas didakwa akan menyertai PAS.Musa yang merupakan anak kepada pendakwah terkenal Ustaz Hassan Azhari juga menafikan khabar angin tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana