Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Disabotaj

GEORGE TOWN: Kereta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan individu tidak dikenali, dipercayai bermotifkan politik.
Oh berkata, insiden itu berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada 3.10 petang.
Difahamkan semasa kejadian, Oh sedang berbincang mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran bersama dua rakannya.
Beliau berkata, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari seorang saksi yang berada di situ.
"Menurut saksi itu, dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan, dan meninggalkan kawasan itu tergesa-gesa apabila sedar ada orangmenghampiri tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Beliau kemudian melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5.30 petang, dan jumlah kerugian dianggarkan RM10,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana