Kabinet bayangan: Najib tak perlu masuk campur- Mohd Hatta Habis tu Pembangkang Kata BN Macam Macam Apa cerita Plak...


SHAH ALAM: PAS hari ini menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak perlu mencabar Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk Kabinet bayangannya sebelum bercita-cita menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebaliknya Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Perdana Menteri itu perlu mengemukakan terlebih dahulu siapa calon menteri besar BN sekiranya berjaya menawan Selangor dan Pulau Pinang.
"Dia (Najib) nak sokong ke kalau ada kabinet bayangan?
"Yang ia beria-ia sangat itu apsal (kenapa)? Kita tunggu dia namakan calon Menteri Besar Selangor CM (Ketua Menteri) Pulau Pinang dulu," katanya ketika dihubungi AntaraPos sebentar tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, pagi ini.
 
OOoo Kalau pembangkang usik BN tak apa...kan bodoh namanya gitu.Terimalah dengan hati yang terbuka,kenapa perlu bising...takut lah tu...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana