Ibrahim Ali selar Nik Aziz enggan letak jawatan


 KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyelar sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang enggan melepaskan jawatannya meskipun sering mengalami masalah kesihatan.Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz seharusnya mengambil tahu perkembangan negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan bukannya menyerahkan tugas tersebut kepada ahli Exco."Pada saya, seorang MB perlu bertanggungjawab dan bukan hanya duduk makan gaji buta."Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran. Nik Aziz anggap semua yang dibuat Exco betul sebab itu Kelantan tidak maju," katanya pada sidang media di Hotel Grand Season, di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, tindakan pemimpin PAS yang masih menyokong kepimpinan Nik Aziz dilihat bercanggah dengan situasi ketika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menghadapi masalah kesihatan.Justeru Ibrahim mempersoalkan mengapa terdapat unsur 'double standard' dalam kepimpinan parti Islam itu.Ibrahim juga dalam masa yang sama, mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Presdien MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek baru-baru ini, bersabit hukum hudud.
Bagaimanapun, katanya, isu hukum hudud ini semakin dipolitikkan sehingga menyebabkan imej Islam tercalar."Isu hudud ini sebenarnya sudah dipolitikkan sehingga bercelaru dan tidak baik kepada imej Islam," katanya.

Ibrahim turut mempersoalkan tindakan PAS yang kerap kali mencanang isu hudud setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.Katanya, PAS masih gagal melaksanakan hukum Islam itu meskipun sudah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana