DJ Nyaris Jadi Mangsa Culik, Bunuh, Bakar

JOHOR BAHRU – Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.
“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.
Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.
“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.

“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.chead: Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyakJulie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.

Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.
“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.
“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.
Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.

“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.
Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana