Dakwaan Husam DAP lebih baik disifatkan melampau.....


KOTA BHARU: Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa sebagai melampau apabila menyifatkan DAP jauh lebih baik daripada Umno.Beliau berkata, Husam mungkin lupa bahawa PAS terpaksa menggugurkan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan menangguhkan pelaksanaan hukum hudud akibat penentangan daripada pemimpin parti tersebut."Dari segi prinsip kita beragama. Umno sebuah parti orang Islam dan dalam Perlembagaannya Fasal 3, parti itu mesti mempertahan, menegak dan mengembangkan Islam.
"Itu prinsip wujudnya Umno dulu. Macam mana DAP sebuah parti sekular, bukan orang Islam, menentang semua program Islam sehingga PAS sendiri terpaksa menggugurkan negara Islam daripada perjuangannya serta terpaksa menangguh pelaksanaan hudud kerana desakan daripada Pengerusi DAP dikatakan lebih baik?"Sama ada dia tersasul atau tersasar, tetapi saya fikir dia sudah melampau dalam kenyataannya," ujarnya.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Husam semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.
Husam yang juga Adun Salor pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam turut membangkitkan penentangan DAP terhadap keputusan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat pada 1978 danperuntukan-peruntukan yang disalurkan oleh DAP Pulau Pinang kepada masjid di negeri berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana