BN Ada Formula 3-3-3-1 Untuk Rampas Semula P.Pinang....


 
BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC."Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program "BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri, di sini, Ahad.Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi.
Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.PKR dan PAS perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana