Vanidah Kecewa Dituduh Jahil Tentang Agama....

KUALA LUMPUR – Filem ‘Untuk Tiga Hari’ telah membuatkan nama pelakon wanita, Vanidah Imran atau Vee dilanda kontroversi apabila dirinya dikatakan jahil tentang hukum agama Islam.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria minggu lalu menggesa Vee dan suaminya, Rashidi Ishak untuk segera merujuk status perkahwinan mereka di pejabat agama ekoran lafaz cerai yang dijatuhkan oleh Rashidi.Selepas isu itu dibangkitkan, peminat-peminat telah menyalahkan pasangan suami isteri itu kerana tidak mementingkan soal agama sebelum berlakon bersama.Keadaan itu membuatkan Vee dan Rashidi kesal kerana orang ramai mudah untuk menjatuhkan hukuman keatas dirinya dan Rashidi serta pengarah filem itu, Afdlin Shauki tanpa menyiasat terlebih dahulu.

“Apabila berita ini tersebar, ramai yang dilihat menghukum dan menyalahkan saya dan Rashidi dalam hal ini, termasuk juga Afdlin Shauki. Ia seolah-olah kami tidak tahu apa-apa tentang soal agama atau memandang mudah soal nikah kahwin ini.“Saya dan Rashidi sudah berkahwin semenjak tahun 2000 dan Alhamdulillah kami masih kekal sebagai pasangan suami isteri. Takkan kami nak buat main soal rumahtangga tanpa melihat dahulu skrip filem ini,” kata Vee yang dipetik dari portal Murai.com.Mengakui yang dia hanya tahu isu itu bangkit menerusi laman Twitter, Vee memberitahu tidak ada sesiapa yang menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan penejalasan sebenar.
Kerana itulah Vee bertambah kesal kerana ada pihak yang beranggapan dia dan Rashidi memandang institusi perkahwinan sebagai perkara yang muda.

“Saya pun tahu tentang perkara ini daripada Twitter, sebelumnya tiada pula yang menghubungi saya atau Rashidi terlebih dahulu bertanyakan hal ini. Tiba-tiba sudah keluar cerita sebegini dan perkara seperti perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.“Kalau anda menonton sendiri filem Untuk Tiga Hari, pasti anda akan jelas dengan situasi yang berlaku di antara Ujie dan Affin dalam adegan itu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana