SPR dedah penipuan audit daftar pemilih PKR Selangor, Saifuddin Nasution kantoi...

Agak-agaknya apa alasan yang hendak diberikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail selepas 'pendedahannya' tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kantoi terang-terangan.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi Jumaat berkata wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.Abdul Aziz berkata beliau amat kecewa dengan tindakan Saifuddin menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Gombak untuk menyokong dakwaannya mengenai 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan alamat tersebut.
Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.

“Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah pondok yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.
“Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.
“Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah apabila SPR turun dilapangan, rupa-rupanya, pondok itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop.“Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR,” kata Abdul Aziz."Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.
"Peti surat disitu digunakan sebagai address point para penduduk kawasan itu...,"
"Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat."Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya.Menurut beliau lagi, SPR rasa seperti diperbodohkan pembangkang.
“Sebab itu apabila terdapat kekeliruan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara, datang berjumpa SPR.
“Jangan terus dedah kepada media kerana ini akan mengelirukan orang ramai,” kata pengerusi SPR itu lagi.
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyiasat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana