Rakan seperjuangan menyepi isu hina Nabi... PAS patut keluar pakatan pembangkang

Apalagi yang parti PAS hendak tunggu dalam Pakatan Pembangkang sekiranya perkara asas seperti penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW tidak mendapat sokongan dari parti yang dikatakan 'rakan seperjuangan'.“Itu adalah isyarat yang jelas, apa yang hendak ditunggu, kalau kita satu hati dalam isu ini sebagai contohnya kita ajak bersama mereka yang beragama Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain, MCA, MIC serta PPP bersama... kita tunjukkan bahawa ini adalah masalah sejagat,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.Khairy membuat gesaan itu setelah melihat perkembangan dalaman parti-parti dalam Pakatan Pembangkang terutama DAP yang tidak turut serta membuat bantahan dalam isu tersebut malah seorang pemimpin DAP bersikap biadap terhadap usaha umat Islam mengadakan demontrasi aman.Beliau seterusnya mahu PAS membuka mata terhadap sikap DAP yang langsung tidak menghormati perkara asas iaitu penghinaan terhadap agama.
demokgbaru-4"Saya amat amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (PAS) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.
"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (PAS) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengetuai perhimpunan aman yang mengecam filem dan karikatur yang menghina Islam di Kampung Baru, petang ini.
Menurutnya, jika perkara asas seperti agama ini parti DAP tidak menunjukkan rasa saling menghormati,sudah tiba masa bagi PAS untuk keluar dari PR.“Ini bukan masalah Hudud, Negara Islam atau perkara yang 'complecated', ianya hanya soal asas dan penghinaan pada agama. Mereka tidak boleh menghormati dan faham kenapa kita nak berarak, berhimpun secara aman pun DAP tidak faham, saya rasa sudah masanya sudah jelas lagi bersuluh PAS keluar dari Pakatan Pembangkang,” tambah Khairy.

Tambahnya, "kita nak berhimpun bukan untuk ganggu orang, juga bukan untuk bertindak ganas."
"Ia untuk nyatakan bantahan terhadap penghinaan agama kita. Tetapi nampaknya DAP tak faham," katanya.Mengulas mengenai tweet Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang membangkitkan kemarahan ramai, kata Khairy, DAP perlu ambil tindakan tegas terhadap Koo Ham.
Katanya, musuh orang Islam bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) tetapi orang yang menghina agama lain dan tidak menghormati agama seperti yang dilakukan pemimpin DAP itu.
"Kalau Koo Ham kata jangan buang masa, tapi lebih baik kita buang mereka.
demokgbaru-7
"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh dengan orang bukan Islam atau rakyat AS tapi untuk menentang kebiadapan orang yang menghina agama termasuk Koo Ham dan DAP perlu ambil tindakan terhadapnya," katanya.Sehubungan itu, Khairy juga menyatakan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan politik yang bersama bersolidariti pada hari ini.
Seramai 3,000 orang hadir termasuk 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam himpunan aman bantahan filem kontroversi dan karikatur yang dikeluarkan oleh Perancis beberapa hari lalu.
Himpunan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang tanpa sebarang provokasi.
demokgbaru-9
Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menggemparkan negara dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter miliknya yang dikatakan tidak menghormati agama Islam.Demonstrasi aman selepas solat Jumaat itu disertai hampir 3000 orang umat Islam, NGO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta orang perseorangan berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.
demokgbaru-10

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana