PM Sedia Maafkan Remaja Terlibat 'Aksi Pamer Punggung'....Inilah Kesabaran PM Kita


BESUT 6 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kesediaannya untuk menerima permohonan maaf dari pihak keluarga peserta yang terlibat dalam insiden kejadian menghina beliau selaku Pemimpin No. 1 Negara pada Perhimpunan Janji Demokrasi baru-baru ini. "Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut. Keluarga suspek yang diwakili bapanya hari ini dilaporkan melakukan permohonan maaf atas tindakan anaknya itu menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu.
Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi. Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara. Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit. Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana