PM - BN Mesti Bersatu Bentuk 'Sekatan Politik'.


PUTRAJAYA 1 Sept. - Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebab itu UMNO dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya. "Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya. "Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab sudah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya. Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana