Perkasa beri tempoh 7 hari Mahfuz mohon maaf....Kalau Tidak...Mahfuz Berbohong lah..

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar memberi tempoh selama tujuh hari kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan tiga akhbar termasuk Harakah dan Suara Keadilan untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhan membaling kasut dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.Tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.dakwaan itu tidak berasas sama sekali memandangkan pihaknya mempunyai bukti kukuh berdasarkan rakaman video yang menunjukkan bahawa tuduhan membaling kasut itu tidak berlaku.Pada malam itu, kita desak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar dari masjid apabila melihat ahli-ahli kariah Masjid Al-Husin bangun membantah dengan tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan masjid sebagai pentas politik dalam ceramahnya selepas solat maghrib.
“Kita tidak mempunyai masalah dengan agenda politik masing-masing,

Malah Perkasa tidak menganggu program ceramah Anwar di Stadium Darul Aman pada malam itu, cuma kita tidak mahu masjid digunakan sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan terbaru Mahfuz yang mendakwa anggota kumpulan pendesak Melayu telah membaling kasut dalam Masjid Al-Husin, Pumpong, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.Mohd. Yusof mencabar Mahfuz mendedahkan bukti jika Ahli Parlimen Pas itu mempunyai bukti kukuh berhubung tuduhan yang dilemparkan tersebut.Tidak terdapat satu blog yang melaporkan berhubung dakwaan itu, hanya Mahfuz dan tiga akhbar itu yang mengeluarkan laporan membaling kasut oleh sekumpulan pendesak Melayu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana