Orang Lama BN Berkata BN sedia ulangi kecemerlangan dalam PRU13......


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dilihat berada pada kedudukan yang terbaik untuk mengembalikan rekod cemerlangnya di dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU-13).

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin memberitahu walaupun BN terutamanya Umno dilihat seolah-olah menghadapi masalah, beliau yakin kepimpinan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mampu menutup kecacatan itu.

Situasi tidak menentu yang dihadapi di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat ketika ini juga katanya akan turut menyumbang kepada kejayaan BN.

“Najib orang hanya percaya pada kepimpinan beliau. Walaupun cerita dalam parti ini belum selesai macam-macam, tapi akhirnya dalam pilihan raya yang akan mengundi bukan hanya orang Umno, tetapi orang-orang di luar parti yang akan menentukan.

“Kita nampak seolah-olah BN ini menghadapi masalah. Tetapi masalah dalam pembangkang lebih teruk. Kecoh dalam PAS sesama sendiri, kemudian isu di Selangor juga besar. Talam itu melibaktan bukan sikit orang, rakyat biasa (juga) terlibat Talam. Jadi banyak orang yang terkena,” katanya yang lebih dikenali sebagai Zam.

Veteran Umno ini turut menyamakan situasi yang dihadapi Najib ketika ini dengan situasi yang pernah dialami oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sedikit waktu dahulu.

Mahathir katanya, walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang lebih serius daripada apa yang dihadapi Najib ketika ini, tetap diberikan kepercayaan oleh rakyat yang yakin dengan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Sekarang orang percaya pada kepimpinan Najib pasal dia macam Mahathir. Tapi (zaman Mahathir) masalah lagi teruk. Selain masalah luar, masalah dalaman dalam parti juga teruk.

“Tapi oleh kerana orang percaya pada pimpinan Mahathir, orang bagi (undi) pada BN. Padahal sangat kritikal,” tegas beliau.

Untuk itu, Tokoh Wartawan Negara 2006 ini berpendapat November merupakan waktu yang paling sesuai untuk negara menghadapi PRU-13 yang menjadi penentu hidup mati parti-parti politik di negara ini.

“Saya menjangkakan November. Tapi jangkaan sahaja. Kita boleh buat berbagai-bagai jangkaan menjelang pilihan raya, tetapi akhirnya yang tahu Najib seorang sahaja.
“Tapi banyak orang fikirkan sekiranya kita lewatkan lagi, mungkin keadaan tidak begitu baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana