Mengejutkan.... Dua pemain tonggak Terengganu,Muslim Ahmad iaitu pemain pertahanan dan Ismail Faruqi Asha'ri (posisi tengah) disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin.

''Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak boleh berkompromi dalam menangani dua pemain Terengganu yang disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin.

"Kita kena ikut peraturan dan tidak boleh berkompromi dengan mereka (dua pemain itu). Kita tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin ini berada dalam pasukan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dua pemain skuad Penyu yang dihukum keras oleh pengendali Peter James Butler kerana membawa perempuan balik ke bilik hotel penginapan.

Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan PBSNT dan tidak kisah mengenai kehilangan dua pemain yang hebat kerana Terengganu mempunyai beberapa tonggak bintang muda untuk digilapkan.

"Kita tidak boleh jadikan bintang itu sebagai pasport mereka untuk menunjukkan contoh tidak baik walaupun kita perlukan tenaga mereka," katanya yang juga merupakan peminat nombor satu pasukan Terengganu.

Terengganu pastinya menerima tamparan hebat apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad iaitu pemain pertahanan dan Ismail Faruqi Asha'ri (posisi tengah) disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin. Tindakan itu dibuat selepas mereka didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira 3 pagi serta kesalahan-kesalahan lain.


"Beberapa pemain dan pihak hotel melaporkan kepada saya bahawa Muslim dan Ismail dilihat telah keluar masuk hotel bersama dua orang wanita pada jam 3 pagi, malam sebelum perlawanan dengan Kedah." kata Peter Butler.

"Ini satu perkara yang tidak berdisiplin dan tidak boleh diterima selagi saya jurulatih di Terengganu." tambahnya lagi. Peter Butler jurulatih yang dikenali sebagai seorang yang memegang kepada prinsip dan menekankan disiplin akui kecewa dengan sikap sesetengah pemain bola sepak di Malaysia.

"Saya tidak kisah pemain ingin mempunyai teman wanita. Tetapi bukan pada jam 3 pagi, sehari sebelum perlawanan. Seorang pemain bola sepak harus bersikap profesional dan pilih waktu dan tempat yang betul.

Kejadian berlaku semasa skuad Penyu bertandang ke Alor Setar pada perlawanan Piala Malaysia tempoh hari sebelum kecundang 1-2 kepada tuan rumah, Kedah pada keesokannya (Selasa lalu). Ini sekaligus meranapkan impian dua pemain itu untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad 'Peteh Ganu Peteh'.

Sementara itu, pengurus pasukan, yang juga Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, persatuan itu belum menerima sebarang maklumat dan laporan daripada Butler berhubung salah laku dua pemain terbabit.

"Kita meminta dia (Butler) membuat laporan secara rasmi berhubung perkara itu kepada persatuan supaya siasatan dapat dijalankan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu. Bagaimanapun, Che Mat berkata beliau kecewa kerana perkara itu timbul ketika pasukan Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.

Katanya, walau apapun, beliau yakin pemain Terengganu tidak mungkin melakukan perbuatan seperti yang didakwa jurulatih itu. "Kita percaya disiplin pemain-pemain kita tinggi," katanya.

Che Mat juga berkata, apa yang penting sekarang ini ialah Terengganu mesti menang semua perlawanan pusingan kedua saingan kumpulan, dan bukan mengadakan alasan jika kalah. "Kita dah kalah, terima sajalah... kenapa pula menimbulkan masalah dalaman kepada pihak luar yang boleh memalukan persatuan dan pemain?" katanya dalam nada kesal. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana