Mahasiswa Pro Pembangkang Terlibat Demonstrasi Bersih Kampus akan Disiasat...Apa Lagi Di mahukan BODOHNYA Pelajar Ini....

KUALA LUMPUR, 16 September - Seramai 500 mahasiswa Pro Pembangkang telah mengadakan demonstrasi Bersih Kampus bertempat di Ibu Kota petang semalam. Kumpulan Mahasiswa Pro Pembangkang itu memulakan demonstrasi Bersih Kampus dari Masjid Jamek hingga ke pusat membeli-belah SOGO sebelum meneruskan demonstrasi ke Dataran Merdeka.
Kumpulan mahasiswa tersebut melaungkan hancur UMNO, hancur Najib Razak dan hancur Barisan Nasional sepanjang perarakan mereka turut mendakwa Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dilaksanakan sebelum ini tidak adil. Majoriti mahasiswa dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkumpul di hadapan pusat Membeli Belah selama 1 jam untuk mendengar ucapan pemimpin mereka.
Rata-rata masyarakat ibu kota khususnya pengunjung di pusat membeli belah SOGO menyatakan rasa kesal atas tindakan mereka yang mencemarkan imej ibu kota meraikan Hari Malaysia. Rosilawati Ahmad, 29 tahun, tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa berdemonstrasi di jalanan.

"Mahasiswa golongan terpelajar, tetapi apa yang mereka lakukan ini bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi menambahkan masalah. Tindakan mereka telah menyusahkan orang awam yang berkunjung di SOGO dan pengguna jalan raya yang lain",katanya.

Seorang mahasiswa dari Universiti Malaya, Goh Shua Er berkata "saya perhatikan ramai mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) tempat saya belajar menyertai demonstrasi ini. Saya hairan kenapa mereka lakukan semua ini. Saya tidak rasa pula pihak kerajaan dan universiti mengganggu pelajar untuk belajar. Mereka ini memalukan UM."
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini.

"Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin.
 
Lebih Lanjut lagi Di...putrajaya-online

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL