Jahat Tiada Berperikemanusian Sanggup Menembak Rakan Sekerjanya Kerana Duit....

TAIPING 26 Sept. - Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta, akhirnya berjaya diberkas malam tadi.Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui keletihan dipercayai kelaparan dalam hutan tanpa sebarang bekalan makanan selepas bersembunyi sejak beberapa hari lalu.Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand 550 baht (RM54) bersama suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu.“Penahanan suspek menjadikan jumlah yang ditahan menjadi tujuh orang. Dengan tertangkapnya suspek utama ini, kita anggap kes ini sudah selesai," katanya di sini hari ini.Dalam kejadian pukul 3 petang pada 18 September lalu, seorang pengawal keselamatan, Hasnul Hafis Saad, 28, terbunuh dipercayai ditembak rakan sekerjanya ketika mereka dalam perjalanan pulang menaiki van keselamatan ke syarikat tempat mereka bekerja di Kampung Boyan dekat sini.Mayat Hasnul Hafis ditemui di tempat duduk pemandu van berkenaan dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri manakala rakannya, Mohd. Hafizuddin Zainal Abidin, 25, melarikan diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana