Gagal beri air percuma, kerajaan pusat dipersalahkan...Apa Punya Bengongnya Khalid Samad Ni


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janji manifesto pemberian air percuma kepada rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu disebabkan kekurangan dana untuk menampung kos pembiayaan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor memberi alasan kekangan peruntukan oleh kerajaan persekutuan berbanding di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu merupakan punca janji tersebut tidak terlaksana.

"Ya lah.. itu kenyataan yang dia (Khalid Ibrahim) maksudkan apa yang terkandung dalam manifesto itu tidak akan dilaksanakan, tetapi ianya bukan merupakan satu isu. Dalam erti kata (lain) kita melaksanakan sebanyak mana yang mungkin (janji manifesto) oleh kerana keadaan yang berbeza.

"Sebagai contoh kalau negeri Selangor dulu di bawah Barisan Nasional (BN), sumbangan daripada kerajaan pusat banyak tetapi di bawah Pakatan Rakyat jumlah yang disumbangkan oleh pusat kepada kerajaan negeri dikurangkan.

"Maka bila dikurangkan kepada asalnya, apa yang kita nak lakukan tidak dapat. Semuanya dilakukan oleh kerana bermasalah dengan pentadbiran di peringkat pusat dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air percuma 'bukan satu perjanjian' walaupun ia terkandung dalam janji-janji manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Khalid mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada kebanyakkan penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Selain itu, beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak mendapat air percuma sejak Ogos 2008.

INILAH KHALID SAMAD BEBAL ORANGNYA DALAM PAS,1 M NAIK MELUAT DAN MENYAMPAH DENGANYA...1 M HARAP KHALID KALAH LAH NANTI BERTANDING YB NANTI.CAKAP BANYAK BERLAGAK....ORANGNYA.BERTANDING ATAS NAMA PAS TAPI HATI IKUT PKR JIWA DAP.....INILAH ORANGNYA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana