Bajet 2013 'kunci' mulut pembangkang selepas puas berkokok...

Apa lagi yang pembangkang dapat kata tentang Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak petang Jumaat selain dari bajet atau gulu-gula pilihan raya, bajet panik, populis dan sewaktu dengannya.Sebaliknya cuba banding dengan bajet bayangan mengandongi segala macam janji ' bulan dan bintang' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bentang kepada wartawan petang Rabu.Kalau difikirkan memang pelik orang yang sedang berkuasa menawarkan sesuatu yang ' rasional' manakala pihak yang tidak berkuasa menawarkan ' bukan-bukan'.Lojik akal akan berkata bodoh sangat ke Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet tidak hambur segalanya untuk memintas semua janji pembangkang.
Kata orang bukan susah sangat nak berjanji.Soalnya tentulah antara janji yang boleh ditunai dan janji yang pakai hentam saja untuk memancing undi.Bagi yang sedang berkuasa mereka tentu tahu sangat kira apa yang mampu kerajaan tunaikan.

Yang di sebelah sana pula peduli apa boleh ke tidak boleh tunai...janji orang terpikat dengan apa yang mereka dendangkan.Walaupun tidak sampai ke bulan dan bintang ,namun bajet yang Najib bentangkan bukan kecik anak.Lebih 100 touch point diumum melibatkan rakyat pelbagai lapisan selari dengan tema bajet tahun ini ‘Memakmurkan Negara,Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati’.Ramai pemerhati melihat bajet kali ini boleh kunci habis mulut pembangkang.

Namun sebagai orang politik yang mengidam hendak ke Putrajaya jangan hairan mereka akan terus melakarkan berbagai gambaran buruk dan mencipta segala macam lirik lagu geram.
Ketika menutup pembentangan bajetnya kira-kira dua jam 10 minit Najin meminta rakyat renungkan .Katanya "Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu,kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan."Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana