Alahaiiii... Pesuruhjaya PAS Terengganu Bodek ANWAR Nampak...Baik Nasihatkan Pemimpinan PAS Dulu Lah

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut meminta mana-mana pihak menghentikan perbuatan menghentam keperibadian ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sering menjadi sasaran politik pihak tertentu.Sambil mempertahankan Anwar, beliau berkata, serangan demi serangan yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu telah menyebabkan timbulnya kemarahan dalam kalangan orang ramai terhadap pihak kerajaan.

Perkara itu diakui memandangkan Anwar mempunyai pengaruh yang cukup besar sehingga isu-isu yang membabitkan individu tersebut telah menjadi salah satu faktor kepada kebangkitan pembangkang sebagaimana gelombang 1999.“Gelombang 1999 adalah kerana Anwar. Orang Melayu hilang sabar ada marah. Sekarang faktor Anwar masih ada dan jangan main-main (dengan membabitkan Anwar dalam sesuatu isu).“Saya perhatikan orang ramai tidak berganjak. Faktor Anwar masih ada. Jadi kita jangan melebih-lebih. Jangan ‘gomo’ (hentam) Anwar kerana itu akan menyebabkan orang terlampau marah,” katanya

Hentam peribadi Anwar tak boleh.., tapi hentam peribadi Najib dan pemimpin kerajaan lain boleh pulak yee.. Mangkuk hayun punya Pesuruhjaya PAS!!!

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul