2 Penganjur Himpunan Janji Demokrasi Tampil Beri Keterangan Polis....


KUALA LUMPUR 6 Sept. - 2 penganjur Perhimpunan Janji Demokrasi Datuk A Samad Said dan Maria Chin Abdullah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sebentar tadi. Kedua-dua individu tersebut merupakan antara 5 senarai pemimpin yang dipercayai menjadi tulang belakang penganjuran Perhimpunan pada malam 30 Ogos yang lalu. Pihak polis kini menunggu 3 lagi Pemimpin untuk membantu siasatan berkenaan iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Aktivitis Hishamuddin Rais dan Naib Presiden PKR Tian Chua. Setakat ini Mohamad Sabu telah mengesahkan akan hadir memberi keterangan kepada pihak polis pada hari Ahad ini. 2 peserta Perhimpunan Janji Demokrasi telah memberi keterangan berkaitan insiden melakukan aksi memijak dan menghina gambar Perdana Menteri baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana