Tu dia... Ais krim free punya pasal....

Inilah uniknya dengan 'cara Malaysia' meraikan sesuatu, kisah beratur panjang hendak makan nasi kandar free baru-baru ini di Petaling Jaya berulang pada Rabu malam berikutan pengumuman 'ais krim free' di 61 cawangan Baskin Robbin seluruh negara.Kisahnya bermula dengan cerita jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dapat masuk ke perlawanan akhir perseorangan di sukan Olimpik.
Ekoran itu, banyak pihak yang menjanjikan itu ini jika beliau berjaya bawa balik pingat emas pertama negara dalam sukan berprestij tersebut.Antaranya Restoran Nasi Kandar Kayu SS2 di Petaling Jaya yang janji makan free, manakala Baskin Robbin pulak nak bagi aiskrim percuma jika Chong Wei menang.Kita semua tahu Chong Wei gagal dapat emas, tapi mengenai 'cara Malaysia' janji tetap ditunai walaupun Chong Wei tak dapat emas, makanya beratur panjang orang hendak makan nasi kandar malam semalam di SS2 Petaling Jaya.Juga pada malam Rabu, di 61 cawangan Baskin Robbin seluruh negara beratur panjang bukan main. Rasanya yang tidak pernah makan aiskrim pun turun makan aiskrim satu senduk yang dijanjikan oleh Baskin Robbin.
aiskrimfreeTinjauan Agendadaily di dua cawangan Baskin Robbin di Bangsar dan Setiawangsa mendapati orang ramai berbaris panjang sejak pukul 7.00 malam lagi.
Walaupun pemberian aiskrim terbabit hanya bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam.
Di fahamkan hanya 1,000 aiskrim percuma diberikan kepada yang beratur dan semua orang dapat nombor bagi tujuan tersebut, jadi jika anda masuk dalam kategori 1,000 pertama, beratur panjang pun berbaloi sebab lambat atau cepat dapat aiskrim juga.
Tambah meriah apabila ramai yang beratur, ambil gambar dan sebarkan melalui facebook dan twitter, jadi boleh tengok hampir di semua tempat keadaannya sama.Macam kata seorang kawan, yang ramai-ramai bukan sebab nak makan aiskrim sangat tetapi saja seronok."Hendak ikutkan, bayar parking lagi mahal dari makan aiskrim ini..." kata beliau--8/8/2012
aiskrimfree550

aiskrimfree5502

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana