SYABAS NAJIB - MALAYSIA PUSAT CETAKAN AL QUR'AN KEDUA TERBESAR DI DUNIA..!!

Kerajaan akan senantiasa menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat mencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu usaha yang cukup murni dan perlu diteruskan demi memartabatkan kalam Allah yang teragung itu.

"Saya sanggup memberikan kerjasama dan sokongan supaya cita-cita itu akan menjadi kenyataan," katanya semasa berucap melancarkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah (Perkata) terbitan Yayasan Restu di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata semoga usaha Yayasan Restu itu juga akan diberkati sekaligus dapat merealisasikan hasrat menjadikan negara pusat penerbitan al-Quran bertaraf dunia. Naskah al-Quran itu dijual dengan harga RM90 senaskhah, menggunakan bahasa Malaysia terkini bagi setiap perkataan teks al-Quran pada halaman yang sama dan terdapat terjemahan di bawah setiap kalimah. Ia juga dilengkapi terjemahan tafsir mukhtasirah (tafsir ringkas) di ruangan tepi, dicetak dalam empat warna dengan setiap juzuk dihiasi motif seni visual.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana