Spekulasi pilihanraya musim Haji...ini indikasi cukup jelas dari Setiausaha Agung UMNO

Siapa saja yang hendak menunaikan fardhu Haji tahun ini tidak perlu merasa risau tentang kemungkinan pilihanraya akan diadakan semasa ketiadaan mereka di tanah air. Semua indikasi menunjukkan pilihanraya tidak mungkin diadakan pada musim berkenaan seperti yang sebelum ini cuba digembar gemburkan oleh pembangkang khususnya PAS. Hal ini diperkuatkan lagi oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Isnin yang berkata beliau sendiri tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober.
                     Inilah diantaranya Pandai pandai buat cerita yang mengatakan PRU 13 musin Haji...

Tengku Adnan mengakui akan timbul banyak masalah jika pilihan raya diadakan pada masa itu kerana bulan tersebut adalah bulan untuk umat Islam menunaikan haji."Kalau kita buat juga pilihan raya pada masa itu nanti akan timbul tuduhan kata kerajaan tidak peka dengan hal-hal agama Islam. Saya tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober,"Sebelum ini pembangkang cuba jolok meminta jaminan beliau agar pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji. Cara mereka memainkan isu ini seolah kerajaan tidak ada sensitiviti terhadap hal keagamaan. Juga kerana sebab-sebab politik Najib tidak respon pada desakan itu. Soalnya apa perlu beliau respon? Pokok pangkalnya kalau tidak ada nanti pilihanraya pada musim Haji ...ia dengan tersendiri jawab tidak. Pembangkang melompat bila beliau sekadar memberitahu dalam sejarah pilihanraya negara ini pernah sekali diadakan pada musim Haji. Itu adalah fakta tetapi kenyataan itu tidak membawa maksud beliau sudah set berhajat hendak adakan pilihanraya pada musim Haji. Antara pernah adakan pilihanraya pada musim Haji dan hendak adakan adalah dua perkara yang berbeza. Ikut ceritanya pembangkang pun tahu kerajaan tidak akan adakan pilihanraya pada musim Haji,namun hanya hendak meraih untuk meraih milage politik buah riuh mengenainya. Mereka kelak akan dakwa kononnya kerajaan tidak adakan pilihanraya pada musim Haji ekoran desakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL