'Saya tidak anti-Islam'

UTUSAN: Apa komen Yang Berhormat (YB) berhubung kenyataan Nasharudin yang mendakwa YB bukan sekadar anti hudud tetapi juga anti-Islam?

KARPAL: Saya bukan anti-Islam, Islam merupakan sebuah agama, saya tidak pernah menentang agama Islam, bagaimana boleh melabelkan saya seperti itu? Saya hanya menentang secara terang-terangan konsep negara Islam itu yang boleh mengamalkan hukum hudud. Hukum hudud boleh diamalkan di negara-negara Islam, contohnya di Arab Saudi dan Iran. Saya menentang hudud kerana ini bukan negara Islam, ini negara sekular. Oleh itu bagaimana mahu melaksanakan ia di sini?

Pada tahun 1988, Mahkamah Agung telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular. Bagaimana boleh menubuhkan negara Islam? Saya juga menentang penubuhan negara Islam kerana ini bukan negara Islam, ini negara yang meliputi pelbagai kaum. Saya dan DAP tetap dengan pendirian, kami menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukuman hudud.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana