"Saya digelar anjing kerajaan" - Zizan Nin...Apa Nak jadinya Pembangkang Ni

Ekoran kontroversi yang melanda filem Tanda Putera sejak trelernya yang hanya berdurasi 90 saat diedarkan di internet, sebagai salah seorang teraju utama bagi karya patriotik itu, pelakon Zizan Nin mengakui turut menerima tempias kontroversi tersebut.
Meskipun pada awalnya agak berat untuk aktor ini memberikan sebarang reaksi, namun demikian Zizan memberitahu dia juga menerima banyak cemuhan dan dikecam dilaman Twitter sampaikan ke tahap diberi gelaran yang melampau oleh sesetengah pihak.

"Saya tak mahu komen apa-apa mengenai kontroversi yang tercetus ni. Segalanya dah dijelaskan Shumi (Shuhaimi Baba) tadi. Tapi Saya akui ada menerima cacian dan dicemuh di Twitter. Sebagai pelakon, kami dah lali dengan kritikan mahupun persepsi segelintir pihak".

"Ada yang memanggil saya 'anjing kerajaan'. Tapi saya okay saja. Biarlah. Mereka tak tonton pun lagi sudah buat penilaian dan kesimpulan. Sebagai seorang pelakon, saya profesional. Malah saya tak block pun mereka yang menghentam saya", ujarnya yang ditemui ketika sidang media pengumuman tarikh tayangan umum Tanda Putera, bertempat di hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam.

Dalam filem arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba itu, Zizan memengang watak sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail. Sementelah, ini bukanlah lakonan pertama Zizan menerusi karya patriotik. Sebelum ini, Zizan pernah diberi kepercayaan menginterpretasikan karakter mantan perdana Menteri, Tun Mahathir, dalam teater Tun Mahathir The Musical.

Ketika ditanya mengenai perasaan mengenai tarikh tayangan yang telah ditetapkan iaitu pada 15 November depan, Zizan berkata,

"Sebagai pelakon, kami akur dengan keputusan yang telah dibuat, Saya berharap pencinta filem tempatan akan menonton filem ini. Saksikanlah Tanda Putera kerana ianya sebuah naskah yang jujur dan inilah masanya untuk anak-anak muda mengambil peluag memahami lagi sejarah negara kita".

Selain Zizan, Tanda Putera yang menelan kos RM4.8 juta terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) ni turut dibarisi pelakon hebat Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana