prinsip 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

"Kita berjuang untuk tunaikan janji kepada rakyat. Kita teruskan pembelaan pada rakyat. Jangan gusar dan goyah kerana kita berada di landasan betul mengikut sunnah dan al-Quran."Marilah kita teruskan perjuangan dan berilah kepercayaan kepada kerajaan yang berpegang pada prinsip 'Janji Ditepati'
Najib berkata, sehubungan itu, tema sambutan Hari Kemerdekaan bukan soal politik tetapi bertemakan rakyat, berlandaskan hukum, al-Quran dan sunnah."Ini bukan soal politik, yang penting kita orang Islam wajib tunaikan janji, tak kira pada BN ataupun 'belah sana' (pembangkang). Jangan main politik,"
Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah kerajaan, BN sentiasa berdiri pada prinsip setiap janji wajib ditepati dan bukannya cakap tidak serupa bikin."Itulah komitmen kerajaan BN, kita bukan main politik, kita tak boleh cakap tapi tak buat,"Beliau mengingatkan tentang sepotong hadis tentang tiga perkara iaitu apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dipercayai dia khianati. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana