Perlu Kesepaduan Dalam Menyampaikan Dakwah...Memang Terbaik dari Ust Fathul Bari

SHAH ALAM - CEO Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari menjelaskan setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam menyebarkan dakwah atas asas Islam semata-mata, tanpa sebarang kepentingan lain.

"Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tidak kira dalam apapun ideologi parti harus bersama dengan pemimpin membantu dalam hal-hal maaruf dan menegur sebarang kemungkaran, bukan menentang dengan caci-maki," ulas Ustaz Fathul Bari dalam satu tazkirah ringkas sebelum majlis iftar dan ta'aruf anjuran ILMU di Seksyen 2, Shah Alam petang tadi.
Datuk Mukhriz Mahathir, Tun Faisal berbual-bual
bersama rakan-rakan ustaz dari ILMU
Majlis yang turut dihadiri oleh para pengamal media baru dan bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO itu turut mengadakan solat terawikh secara berjemaah bagi mengukuhkan lagi ukhwah dan perpaduan di antara bloggers dengan para ilmuwan muda dari ILMU.

Ustaz Fathul Bari juga menyatakan golongan blogger turut berperanan dalam menyebarkan kebenaran melalui laman internet.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Unit Media Baru (UMB-PPUM), Tun Faisal Ismail Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana