Penganjur BERSIH dinasihat tidak campur aduk politik, Hari Kemerdekaan

SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihatkan penganjur 'Himpunan Janji BERSIH' yang dijadual berhimpun di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini agar tidak mencampuradukkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan politik.

Beliau turut mengingatkan penganjur perhimpunan itu agar mematuhi undang-undang negara ini.
"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan ialah perkara yang bersangkut paut dengan rakyat. Rakyat akan bergembira sambut kemerdekaan negara yang ke-55, jadi janganlah jadikan ia satu isu politik.

"Sama ada kita nak berkumpul ke, pandu kereta atau buat ucapan sekalipun, semua ada undang-undang, dan kita semua perlulah ikut undang-undang yang sudah termaktub di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan 'Op Selamat' sempena Aidilfitri di Dataran Shah Alam hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana