Olimpik 2012 : Peluang Chong Wei Rangkul Emas

Perlawanan akhir badminton lelaki Ahad ini adalah ulangan Beijing 2008 empat tahun lalu menyaksikan pertembungan hebat di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan.
Sekiranya Chong Wei berjaya merangkul emas dalam perlawanan akhir ini, limpahan ganjaran menanti beliau termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.Chong Wei perlu fokus dan tenang menjelang perlawanan akhir esok dalam memastikan pingat emas pertama dalam sejarah sukan Olimpik untuk Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana