Nasharudin Tunggu Masa Saja Di Pecat...Sama Nasib Lah Dengan Dr Hasan Ali Gayanya
KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan
menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan
tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Menurut
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian
berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan
Tertinggi Parti tersebut.
“Kami serahkan kepada presiden parti untuk
membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada
masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah
parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau
tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan
penjelasan” katanya. Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan
Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan
secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan
PKR terus menentang Hukum Hudud.
Comments