Nama pemilik Facebook Pemuda UMNO Malaysia diserah kepada polis

PUTRAJAYA 25 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun Facebook bernama Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.
``Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada polis.``Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Pemuda UMNO. Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau sebaliknya,'' katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana