Mahfuz dah mimpi tawan Putrajaya, Perkasa ramal BN kekal memerintah​...

Nampak kemaruk sangat pembangkang nak memerintah negara terutama PAS bila pemimpin parti itu yang sudah tergelincir perjuangan Negara Islam, mendakwa parti itu paling kuat dalam Pakatan Rakyat.Sebab itu juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga dianggap sesetengah penulis blog anti pembangkang sebagai Mr Bean atau Raja Lawak buat kenyataan kononnya ‘task force’ rasmi kerajaan melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU 13.
Ahli Palimen Pokok Sena itu dakwa sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan tertekan untuk bubar parlimen bagi menghadapi pilihanraya itu.
"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa,"Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.Beliau dakwa 'task force' rasmi babitkan perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
Itu kata Mahfuz yang sudah berangan-angan ada dalam Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembangkang kini terpaksa ‘spin’ tunjuk keyakinan bahawa mereka semakin kuat gara-gara beberapa pemimpin BN Sabah sudah lompat sertai mereka.Walaupun, beliau yakin Putrajaya sudah terbayang depan mata, Perkasa pula membayangkan BN akan terus kekal berkuasa selepas PRU 13 kerana kajian NGO Melayu itu mendapati BN sudah ada 136 kerusi Parlimen yang selamat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana