Lagi sokong 'haram bagi umat Islam undi DAP'

SHAH ALAM: Lebih ramai pemimpin agama dan pertubuhan bukan kerjaan hari ini tampil menyokong saranan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam yang menegaskan adalah 'haram bagi umat Islam menyokong DAP'.

Terbaru berbuat demikian adalah Dr Fathul Bari Mat Jahaya dari NGO - Sekretariat Ulama Muda Malaysia.

Menurut beliau, pemilihan seseorang pemimpin untuk menerajui sebuah negara Islam, perlu berdasarkan kepada kualiti yang dimiliki oleh pemimpin berkenaan.

"Saya mungkin bersetuju dengan sebahagian pendapat tersebut. Dari sudut kita hendak memilih hendak mengundi, maka kita perlu memilih orang yang dinyatakan dalam Al-Quran, iaitu orang yang kuat lagi amanah," katanya yang ditemui Antarapos, di sini, hari ini.

Menurut Fathul, sesetengah ahli ilmu serta ulama berpendapat pemimpin sebuah negara Islam mesti seorang yang beragama Islam dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin Islam.

Namun katanya, setelah terjemahan diperluaskan, terdapat perbezaan pendapat di mana pemilihan pemimpin bukan Islam 'diharuskan' jika tiada wakil yang layak.

"Ada yang menetapkan secara prinsipnya mesti dari kalangan Islam. Itu untuk pemimpin tertinggi. Tapi kalau sekadar wakil-wakil, 'harus' saja kita pilih daripada kalangan bukan Islam."

"Kuat (dan) amanah, kuat dari sudut kepercayaannya, kuat dari sudut dirinya, kuat dari sudut perkataannya, tindakannya, sukar nak cari. Kalau ada, harus untuk memilihnya. Itu pandangan dari sudut Islam," katanya.

Semalam, guru pondok di Kelantan itu dipetik akhbar Utusan Malaysia, sebagai berkata, adalah haram dan berdosa bagi mengundi DAP kerana parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Beliau dilaporkan berkata, adalah jelas bahawa DAP adalah kafir harbi kerana akan membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya.

Bagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), PAS yang menjadi rakan kongsi bersama DAP serta PKR dalam Pakatan Rakyat perlu berperanan penting untuk mengadakan dialog agar parti itu memahami agama Islam.

"Secara umumnya PAS ada peranan yang besar apabila berkerjasama dengan DAP.

"Jika DAP mempunyai hubungan yang baik dengan PAS setidak-tidaknya satu hari nanti DAP tidak boleh salahkan agama Islam kerana sudah pernah berdialog (berbincang) dan memahami serta akan menyedari silapnya.

"Pada masa yang sama Barisan Nasional juga boleh mengambil manfaat dengan berbincang bersama MCA dan MIC untuk menerangkan kepada yang bukan Islam tentang apa itu Islam," kata naib presiden (antarabangsa) NGO Islam itu, Jufitri Joha.

Bagi Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Khas PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki, laporan Utusan itu adalah niat jahat Umno dan BN.

Katanya, menghukum haram bagi menyokong DAP adalah bertujuan merenggangkan hubungan PAS dengan para penyokongnya.

"DAP tidak akan terkesan melalui hal ini kerana tidak bertanding di kawasan orang Islam tetapi yang akan terkesan adalah PAS.

"Ini adalah siri lontaran peluru daripada Umno untuk menjauhkan prang Islam daripada PAS," katanya.

Ketiga-tiga mereka ditemui selepas menghadiri program Diskusi Meja Bulat Antarapos di sini yang membincangkan tajuk 'Memartabatkan agama Islam di negara berbilang kaum."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana