Keluaran penuh KWSP kekal 55 tahun

IPOH 4 Ogos - Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 55 tahun kepada 60 tahun ketika ini.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ura-ura tersebut timbul ekoran keputusan kerajaan melanjutkan had umur persaraan minimum bagi pekerja swasta kepada 60 tahun baru-baru ini.

"Pada peringkat ini, kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem tersebut. Mereka yang mempunyai akaun dengan KWSP boleh mengeluarkan wang tersebut pada umur 55 tahun," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kain jubah, buah tamar dan air zam-zam kepada jawatankuasa masjid seluruh Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana